Pages

Tuesday, December 8, 2009

Program Pemutihan Kilang Selangor Berkesan

Kegagalan Umno-Barisan Nasional menyelesaikan masalah kilang haram di Selangor menyebabkan kerajaan negeri kerugian berjuta ringgit dari kutipan hasil cukainya.

Hasil siasatan mendapati kilang-kilang haram ini dibiarkan beroperasi di atas tanah persendirian tanpa diambil tindakan, dipercayai berleluasa akibat faktor salah guna kuasa.

Di bawah pentadbiran baharu, kerajaan negeri berjaya menyelesaikan 308 kes kilang haram dari 843 permohonan melalui Program Pemutihan Kilang Haram.

“Saya ingin memberi kepada semua kilang-kilang tanpa kebenaran di Selangor supaya mengemukakan permohonan mereka sebelum Jun tahun depan, kemungkinan tindakan akan dilakukan dikenakan ke atas mereka”, katanya.

Ean menambah, empat (4) kawasan utama didapati banyak kilang tanpa kebenaran beroperasi di Selangor iaitu daerah Petaling (Subang dan Sungai Buloh) sebanyak 985 kilang, Klang (Telok Gong)- 556, Hulu Langat-467 dan Kuala Langat-209.

Selain itu, kerajaan negeri berjaya mengesan 2,370 kilang di Selangor beroperasi tanpa kebenaran, kebanyakannya beroperasi di atas tanah pertanian dan berdekatan kawasan perumahan.

Kerajaan negeri mendapati pemilik kilang haram masih gagal mendapatkan permit sah dengan alasan kadar bayaran premium tanah tinggi, ditipu perunding, tiada kemudahan jalan raya dan sesetengah pula perniagaan merosot.

“Ada banyak salah faham tentang kilang ini, kebanyakan mereka mempunyai tanah persendirian tetapi status tanah itu kebanyakan tanah pertanian ada segelintir tanah perumahan”, tambah Tan Sri Khalid. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN


No comments:

Posting Terkini