Pages

Tuesday, December 8, 2009

Garis Panduan Program Pemutihan Kilang Haram

SHAH ALAM, 7 Dis - Di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional, statistik dari tahun 2006 menunjukkan 2,370 kilang di Selangor beroperasi tanpa kebenaran.

Apa yang lebih menyulitkan penguatkuasan apabila kebanyakaannya didirikan di atas tanah milikan persendirian berstatus pertanian walhal aktiviti perkilangan perlu diubah status kepada industri.

Namun setelah Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, kerajaan negeri memperkenalkan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran sebagai jalan penyelesaian kepada gejala ini.

“Jadi kita kena meneliti dulu kesesuaian tapak tersebut adakah mendapat bantahan keras daripada rakyat tempatan dan kita juga kena meneliti tentang industri tersebut, jikalau itu industri berat yang mengeluarkan bunyi bising dan berada dalam kawasan perumahan dan kita tidak akan memberi kebenaran tapi kita akan memberi nasihat kepada mereka supaya mereka boleh berpindah ke tapak yang lain dan kita juga akan memberi satu tempoh yang munasabah untuk mereka pindah”, jelas Ean.

Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Kerajaan negeri mengambil inisiatif dengan memberikan potongan antara 10 hingga 50 peratus bagi bayaran premium tanah mengikut syarat dan terma tertentu.

Dalam pada itu, kerajaan negeri hari ini juga mengeluarkan satu Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran.

Garis panduan ini nanti boleh diguna pakai oleh semua pihak berkuasa tempatan di Selangor malah memudahkan lagi pemilik kilang haram mendapatkan kelulusan bangunan mereka.

“Kita perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan juga, kita prihatin, kita tidak mahu menggunakan kekerasan robohkan ataupun memaksa mereka jadi kita kena berbincang dengan mereka dulu sebelum kita memberi mereka tempoh untuk berpindah”, kata Ean lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments:

Posting Terkini