Pages

Sunday, December 20, 2009

JKKK Ceroboh Tanah

Chukai, KEMAMAN – Oleh kerana terlalu ‘ghairah’ untuk merebut laba dari projek-projek kerajaan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Tuan/ Injin Gergaji disini telah didakwa menceroboh tanah perkuburan Islam kampung tersebut.

Seorang penduduk Haji Mohamad Hassan, 58, berkata JKKK turut menceroboh tanah miliknya dan tanah rezab Jabatan Parit dan Saliran di kampung tersebut.(Gambar kiri- Haji hanafiah bersama Haji Mohamad Hasan menunjukkan batu penanda tanah Haji Mohamad yang telah diceroboh)

”Saya sangat terkejut apabila diberitahu pokok kelapa dan telaga lama di tanah milik saya telah dimusnahkan oleh JKKK,

”lebih kurang satu rantai lebar dan tiga rantai panjang, telah di sodok, dikatakan akan dibangunkan untuk membina rumah PPRT,”kata Haji Mohamad ketika ditemui wartawan Buletinonline.

Menurutnya, beliau telah bertemu dengan seorang pegawai penempatan (SO) Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kemaman bagi mendapatkan kepastian.

Hasilnya, kata beliau, pihak Pejabat Tanah mengakui pihak JKKK telah menceroboh tanahnya dan mengambil tindakan meletakkan ‘kayu pancang’ sebagai penanda antara tanahnya yang telah diceroboh. Baca seterusnya di sini




No comments:

Posting Terkini