Pages

Tuesday, November 24, 2009

Warno saran Kerajaan Negeri tegas bertindak

SABAK BERNAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digesa menunaikan tindakan terhadap syarikat perkhidmatan yang gagal memberikan manfaat kepada rakyat seperti dijanjikan sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Datuk Warno Dogol berkata, Kerajaan Negeri perlu bertegas menggunakan kuasa untuk mengambil tindakan menamatkan kontrak dan bukan berdolak dalik berhubung isu berkenaan.

“Dalam masa sama, kita juga mahu, Khalid berani mengambil tindakan kepada KSSB yang mana syarikat tersebut gagal dalam pengurusan dan penjualan pasir di Selangor.

“Kelemahan sistem pengurusan dan penjualan pasir merugikan negeri dan rakyat Selangor. Perkara ini juga turut diakui oleh Azmin Ali yang mana berlaku penyelewengan dalam pengurusan penjualan pasir oleh KSSB dan Khalid perlu memandang serius dalam hal ini selain kegagalan syarikat perkhidmatan memberikan manfaat,” katanya mengulas kenyataan Khalid berhasrat mengambil tindakan kepada syarikat perkhidmatan pengurusan sampah dan bekalan air Selangor bakal berdepan dengan penamatan kontrak sekiranya perkhidmatan tidak memberikan manfaat kepada rakyat walaupun sudah terikat dengan perjanjian.

Katanya, sekarang pengorekan pasir bertambah tetapi malangnya pendapatan berkurangan dan ia tentunya menghairankan.

Menurutnya, ini membuktikan yang beliau gagal mengurus ekonomi Selangor dengan baik mengakibatkan pendapatan negeri berkurangan.

“Jangan suka menuduh pentadbiran Barisan Nasional dulu lemah dalam pengurusan. Nyata penjualan pasir semasa BN memerintah adalah lebih walaupun pengeluaran pasir terhad. Jangan suka menuding jari mencari kesalahan orang lain. Elok cermin diri sendiri supaya dapat melihat kesilapan dan kelemahan sendiri.

“Kita ingin melihat penjualan pasir pada tahun hadapan dapat mencapai 150 juta bagi merakyatkan ekonomi negeri seperti mana yang disuarakan mereka dan bukan cakap tidak serupa bikin,” katanya.

No comments:

Posting Terkini