Pages

Wednesday, November 4, 2009

Sekolah Men. Keb. Kamil (SMKK) hangus terbakar

PASIR PUTEH - Sebuah blok bangunan yang menempatkan dua bilik darjah dan sebuah makmal sains Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil (SMKK) hangus selepas terbakar sebanyak dua kali.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata, kejadian pertama berlaku pukul 6 petang semalam dan diikuti pukul 2 pagi ini yang memusnahkan bangunan berkenaan.

"Kebakaran kali kedua (selepas berjaya mengawal kebakaran kali pertama) berlaku kemungkinan disebabkan bahan kimia yang terkena air atau akibat cuaca terlalu panas lalu meletup dan mengeluarkan api," katanya.

Letupan itu mengemparkan penduduk sekeliling dan murid-murid asrama lelaki dan perempuan yang tinggal lebih 50 meter dari blok itu, yang sedang nyenyak tidur.

Beliau berkata, kerugian awal ditaksirkan antara RM500,000 hingga
RM600,000 termasuk peralatan sains yang digunakan bagi tujuan pembelajaran.

No comments:

Posting Terkini