PM India gesa AS terus bantu Afghan, Pakistan
WASHINGTON: Perdana Menteri India, Encik Manmohan Singh, dijadualkan berucap di Washington semalam. Beliau dijangka menggesa Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, agar terus memerangi pengganas di Afghanistan dan Pakistan.
Encik Singh berkata perang saudara akan tercetus jika askar Amerika berundur dari Afghanistan.
Beliau juga menggesa pentadbiran Encik Obama untuk memberi tekanan kepada Pakistan akan mengekang anggota militan di negara itu. -- AFP.
Nasharudin dikejarkan ke institut jantung
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok, Encik Nasharudin Mat Isa, 47 tahun, pagi semalam dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini selepas mengadu sakit dada ketika persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung.
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu dikejarkan ke IJN selepas menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan di bangunan Parlimen setelah mengadu kepada Ahli Parlimen Tumpat daripada PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar. -- Bernama.
Pesalah 911 mahu beritahu sebab serangan
NEW YORK: Peguam seorang daripada lima lelaki yang dibicarakan berhubung kes serangan 11 September 2001 memberitahu bahawa anak guamnya merancang tidak mengaku salah dan akan menggunakan perbicaraan tersebut untuk menyuarakan pandangan politiknya.
Encik Scott Fenstermaker berkata, Ali Abdul al-Aziz Ali dan yang lain tidak akan menafikan peranan mereka dalam serangan pada 2001 itu tetapi akan memberitahu juri 'mengapa mereka melakukannya'.
Encik Fernstermaker telah bertemu dengan Ali minggu lalu di penjara Guantanamo Bay, Cuba. -- AP.
Ramai warga Saudi bercuti ke luar negeri
JEDDAH: Agensi pelancongan di Arab Saudi melaporkan tempahan bilik hotel dan tempat peranginan di luar negara semakin meningkat.
Ia berikutan sejumlah besar penduduk Arab Saudi memilih menghabiskan cuti Aidiladha di luar negara.
Pemilik agensi pelancongan, Encik Dakhil Al-Ali, berkata sebahagian besar rakyat Saudi merasakan perbelanjaan bercuti di luar negara jauh lebih murah dibandingkan dengan kos bercuti dalam negara. -- AP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment