Hezbollah nafi senjata dirampas Israel miliknya
BEIRUT: Kumpulan Hezbollah di Lebanon semalam menafikan tuduhan Israel bahawa sejumlah senjata yang dirampas dari kapal Francop Rabu lalu ialah untuk kumpulan itu.
Kapal Antigua itu ditahan tentera Israel 160 kilometer dari pantainya. Ia dikatakan membawa 30 tan senjata, termasuk roket Katyusha, peluru mortar, bom tangan dan peluru. -- AFP.
PBB pindahkan staf dari Afghanistan ke tempat selamat
KABUL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam berkata ia akan memindahkan separuh kakitangannya di Afghanistan ke tempat lebih selamat selepas lima daripada mereka mati akibat serangan Taleban di Kabul minggu lepas.
Jurucakap PBB berkata ia akan memindahkan 600 daripada 1,100 kakitangan antarabangsa, sebahagian ke tempat selamat di Afghanistan dan bakinya dikeluarkan dari negara itu buat sementara waktu.
PBB berkata langkah itu tidak akan menjejas operasinya di Afghanistan. -- AP, Reuters.
MILF enggan serah panglima suspek kes culik paderi
COTABATO: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) semalam enggan memenuhi tuntutan pemerintah Filipina agar seorang panglimanya, Aloy Al Asree, yang dituduh menculik paderi Ireland tampil dan menafikan tuduhan itu.
Beliau mungkin ditangkap jika muncul di depan jawatankuasa pengurusan krisis pemerintah, kata ketua perunding MILF.
Setiausaha Keselamatan Filipina, Encik Ronaldo Puno, berkata Al Asree terlibat dalam penculikan Paderi Michael Sinnott, 79 tahun, di bandar Pagadian pada 11 Oktober lalu. -- AFP.
No comments:
Post a Comment