Pages

Friday, November 6, 2009

Kewibawaan PGSM Dipersoal

PETALING JAYA: Pendirian Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) untuk pertahankan memorandum dan enggan memohon maaf kepada Dr Asri secara tidak langsung menggambarkan kewibawaan persatuan tersebut.

"Kejap nak tarik balik, kejap tak jadi. Bagaimana dengan perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam memorandum mereka? Pendirian tidak tetap PGSM itu menjejaskan kewibawaan mereka sendiri," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim

"Semua ini ada hubungkait dengan soal-soal ibadat. Mula-mula mereka setuju tarik balik dan kini tak mahu tarik balik gara-gara pertelingkahan kononnya Dr Asri bocor rahsia memberitahu pihak media. Jadi bagaimana kedudukan perkara-perkara yang mereka dakwa di dalam memorandum itu," kata bekas Menteri Besar Perlis itu.

Katanya lagi, "Seolah-olah PGSM dapat ilham baru pasal ibadat, hari ini lain, besok lain pula. Tuduhan peguam syarie ini libatkan ibadat. Jangan main-main.

"Sekalipun kata Dr Asri mungkir janji, saya sedih kerana polemik ini sepatutnya diselesaikan dengan elok tetapi nampaknya akan berpanjangan. Umat Islam sudah berpecah di peringkat bawah.

"Sekarang ni berpecah di peringkat pemimpin. Lagi dasyat bila ulamak-ulamak pula berbeza pendapat secara terbuka.

"Persoalannya sekarang, di manakah umat Islam boleh bergantung harap lagi. Saya menyeru kepada semua pihak, supaya muhassabah diri. Bermaaf-maafan lah. Selamatkan orang Islam dan perjuangan mereka," jelas Shahidan.

No comments:

Posting Terkini