Pages

Tuesday, November 3, 2009

Ikuti Perkembangan Kes Liwatnya

KUALA LUMPUR, 3 Nov -- Buat pertama kali, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir di Mahkamah Tinggi di sini untuk mengikuti perkembangan kes berkenaan.

Mohd Saiful, 24, yang ditemani ayahnya Azlan Mohd Lazim dan peguamnya Zambri Idrus, tiba di mahkamah pada 8.40 pagi.

Bagaimanapun dia tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah semasa prosiding tetapi ditempatkan dalam bilik saksi.

Mengikut undang-undang, seorang saksi tidak dibenarkan masuk ke mahkamah semasa prosiding sehinggalah dia selesai memberi keterangan.

No comments:

Posting Terkini