Pages

Thursday, November 5, 2009

Hassan Ali Semakin Mengarut

LAPORAN | Sejak jawatankuasa disiplin dibentuk oleh PAS untuk mengambil tindakan terhadap beberapa peribadi dalam PAS Selangor, Pesuruhjayanya Dr. Hasan Ali dilaporkan tidak tenteram.

Beliau tidak ada banyak pilihan, kecuali membalas dendam kepada beberapa peribadi seperti Mursyidul Am PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang begitu banyak mengkritik peribadinya sebelum ini.

Beliau mungkin mulai sedar bahawa keyakinan rakyat, ahli-ahli PAS serta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat kian pudar terhadap peribadinya.

Jalan yang ada yang sedang dibuat Dr. Hasan adalah turun padang bertemu ahli-ahli PAS untuk meraih simpati.

Antara siri pertemuan yang sempat saya dapatkan bukti, adalah pertemuan Dr. Hasan dengan AJK PAS kawasan Zon Selatan pada 1 November 2009 lalu, jam 9.15malam – 11.30malam di Puchung Perdana.

Selepas YDP Puchung berucap, Ketua Dewan Ulama Selangor yang cuga Pengerusi Majlis, Ustaz Md Zain menjelaskan konsep tahalluf siyasi.

Beliau meminta semua ahli PAS yang hadir membuat mindsetting dengan membuang elemen-elemen sekular serta kembali melihat Islam sebagai asas pemikiran semasa majlis dialog berlangsung itu.

Ust Zain juga meminta ahli yang datang untuk tidak membuat rakaman, mengambil gambar atau sebagainya bagi mengelakkan fitnah.

Kemudian, Dato Hassan Ali memberi penerangan tentang isu-isu yang berlegar pada dirinya. Beliau kelihatan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan dirinya dan mengatakan dakwaan yang terpalit pada dirinya adalah fitnah jahat dan tidak mempunyai sebarang bukti. Baca seterusnya di sini


No comments:

Posting Terkini