Pages

Monday, October 26, 2009

Sekilas - Dunia

130 terbunuh dalam letupan di Baghdad

BAGHDAD: Dua serangan bom kereta di Baghdad semalam telah mengorbankan sekurang-kurangnya 130 orang dan lebih 600 cedera.

Salah satu letupan berlaku berhampiran bangunan Kementerian Keadilan dan Buruh.

Satu lagi letupan berlaku di kejiranan Salhiyeh, berdekatan ibu pejabat pentadbiran daerah Baghdad. -- AFP, AP.

Minta cerai gara-agara 'Guantanamo'

RIYADH: Seorang wanita memohon cerai selepas mendapati senarai nama dalam telefon bimbit mendedahkan suami menamakannya 'Guantanamo', lapor akhbar Al-Watan.

Wanita itu meneliti senarai nama dalam telefon bimbit itu selepas suaminya terlupa membawanya ketika keluar rumah.

Selepas terbaca gelaran yang menyamakannya dengan pangkalan tentera Amerika Syarikat di Cuba itu, wanita tersebut, yang sudah 17 tahun mendirikan rumah tangga, meminta cerai. -- Agensi.

Bantah penubuhan kelab poligami

JAKARTA: Rancangan untuk membuka lebih banyak cawangan 'Kelab Poligami' di Indonesia telah mencetuskan bantahan di kalangan kumpulan wanita dan pemimpin agama.

Kelab yang asalnya di Malaysia dipelopori Cik Hatijah Am, yang merupakan isteri Ashaari Muhammad, pemimpin kumpulan Al-Arqam yang telah diharamkan di Malaysia pada 1994.

Cawangan pertama kelab itu di Indonesia dibuka di Bandung, minggu lalu. -- AP.

No comments:

Posting Terkini