Pages

Tuesday, October 27, 2009

Pakar klon didakwa pula gelapkan wang

SEOUL: Seorang pakar pengklonan yang pernah membuat dakwaan palsu mengenai dapatan terbaru dalam kajian sel induknya semalam didakwa melakukan penggelapan wang dan beberapa tuduhan lain berkaitan skandal itu, tetapi dia tidak akan dipenjarakan.

Saintis itu, Hwang Woo-suk, 56 tahun, yang pada satu ketika dianggap wira Korea Selatan, telah dibebaskan daripada tuduhan penipuan tetapi dituduh menggelapkan pula dana kajian dan membeli telur- telur manusia secara haram bagi kajiannya.

Pihak pendakwaan telah meminta Hwang dipenjarakan selama empat tahun, tetapi Hakim Bae Ki-yeol berkata Hwang telah menunjukkan bahawa dia kesal dan memutuskan untuk menggantung hukumannya.

Hwang tidak akan dipenjarakan jika dia tidak melakukan sebarang kesalahan untuk tiga tahun mendatang.

Pada 2004, Hwang dan bekas rakannya di Universiti Nasional Seoul (SNU), mendakwa dalam satu laporan yang dikeluarkan mereka bahawa mereka telah menghasilkan pengklonan embrio manusia pertama di dunia melalui sel induk. -- AP.

No comments:

Posting Terkini