KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pagi ini menetapkan 3 November ini untuk sebutan kes liwat yang dihadapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga menetapkan tarikh yang sama untuk sebutan satu lagi permohonan Anwar untuk batalkan pertuduhan liwat terhadapnya.
Beliau menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan bahawa rayuan pendakwaan terhadap perintah supaya dokumen dibekalkan kepada Anwar akan didengar oleh Mahkamah Rayuan, 23 Oktober ini.
No comments:
Post a Comment