Pages

Thursday, September 24, 2009

Mendarat di tapak tertinggi dunia

-- Foto AFP. PENERJUN udara ini salah seorang daripada tiga yang berjaya mendarat di tapak pendaratan tertinggi di dunia, Gorak Shep, di Gunung Everest, kelmarin.

Mereka - dua warga Britain dan seorang warga India - melakukan terjunan mencabar itu pada ketinggian 6,154 meter untuk mendarat di Gorak Shep, yang setinggi 5,165 meter dari aras laut.

'Saya dapat melihat seluruh panorama puncak pergunungan yang hebat dan ia amat menakjubkan,' kata seorang daripada mereka, Encik Leo Dickinson.

'Anda mendapati gunungganang menerpa dan melewati anda. Kalau boleh saya tak mahu ia berakhir,' kata penerjun berusia 62 tahun itu.

Encik Dickinson berkata beliau akan memulakan proses memasukkan pencapaian mereka dalam Rekod Sedunia Guinness. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini