Pages

Tuesday, September 22, 2009

Cerita Karut Khir Toyo

PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim menyangkal dakwaan Ketua Pembangkangnya, Datuk Seri Dr. Muhamad Khir Toyo bahawa wujud rebutan kuasa antara beliau dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di sebalik isu Selcat sekarang.

"Saya tidak berkuasa... saya cuma Speaker sahaja... itu saja," kata Teng yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang berhadapan dengan kritikan pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pembangkang peringkat negeri sejak minggu lalu.

"Saya tiada kuasa untuk melantik Exco, saya tiada kuasa mengetuai majoriti anggota di DUN, saya tidak melantik ketua-ketua syarikat kerajaan negeri..," kata Teng sambil menegaskan, Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor, sengaja mahu mencetuskan masalah dan mengeruhkan hubungan beliau dengan Khalid.

Sambil mempertahankan perjalanan Selcat yang diwujudkan tahun lalu, Teng memberitahu, idea penubuhan jawatankuasa itu dibawa oleh Khalid selaku Menteri Besar dan ketua kerajaan negeri selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan ekoran keputusan pilihan raya umum 8 Mac 2008.

"Selcat adalah idea, inisiatif Khalid selaku Menteri Besar. Bukan saya bawa idea ini ke DUN," katanya lagi.

"Saya lihat Khir bertindak macam kebudak-budakkan," kata Teng lagi.

No comments:

Posting Terkini