Pages

Tuesday, September 22, 2009

Amaran Kategori Pertama

KUALA LUMPUR, 21 Sept- Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Palawan (utara Sabah), Layang-Layang, Labuan dan Condore selama empat hari mulai esok.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dari arah barat daya sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Keadaan itu, bagaimanapun, berbahaya kepada bot-bot kecil.

Selain itu, jabatan itu mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, bahagian pantai barat dan Kudat di Sabah dijangka berterusan sehingga awal pagi esok.

Keadaan itu boleh menyebabkan anging kencang sehingga 40 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 2.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini