PASANGAN yang asyik memadu kasih di City Park tanpa menghiraukan orang ramai menjejaskan keselesaan pengunjung untuk beriadah.
SEREMBAN: Alam percintaan memang mengasyikkan kepada pasangan yang tengah hangat bercinta, terutama golongan remaja hingga ada di kalangan mereka tanpa segan silu berasmara secara terbuka di tempat awam.
Mereka menganggap perbuatan bercumbu dan berpelukan yang bertentangan dengan prinsip dan pegangan agama Islam itu sebagai rasa cinta serta kasih sayang sejati kepada pasangan masing-masing.
Antara tempat awam paling popular di negeri ini untuk melihat pasangan kekasih bermadu asmara dan melakonkan adegan berahi ialah di Taman Tasik Seremban dan City Park, Seremban 2.
Tinjauan mendapati sebahagian pasangan berusia antara 18 hingga 30-an, termasuk pelajar sekolah tanpa malu menayangkan aksi ghairah mereka kepada orang ramai hingga memualkan pengunjung yang beriadah dan bersiar-siar di taman berkenaan.
Paling menyedihkan dan memalukan, ramai antara gadis yang bercumbu dan berpelukan dengan teman lelaki masing-masing adalah bertudung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment