LONDON - Seorang pekerja wanita tidak menyangka dia akan dipecat selepas mendedahkan keluhannya di laman web Face- book berhubung suasana di tempat kerja- nya, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita itu yang dikenali sebagai Lindsay terlupa dia pernah memasukkan nama seorang lelaki dengan panggilan Brian yang sebenarnya ialah ketua di tempat kerjanya sebagai antara rakan dalam laman tersebut baru-baru ini.
Lindsay menulis dalam Facebook: "Oh Tuhanku. Aku benci dengan tugasku!"
Beberapa jam kemudian, Brian membalas mesej itu yang menunjukkan Lindsay sudah dipecat.
Sebelum ini seorang gadis berumur 16 tahun turut dipecat oleh majikannya di Britain kerana menulis keluhannya yang berasa bosan bila berada di tempat kerja. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment