KUALA LUMPUR - Para pengguna kad Touch 'n Go selepas ini mungkin boleh menggunakan kad itu walaupun nilai pada kad tersebut kosong kerana jumlah yang digunakan akan ditolak terus daripada akaun bank penggunanya.
Ia berkemungkinan dilaksanakan ekoran kerajaan sedang menimbang untuk memudahkan penggunaan kad tersebut dengan menyelaraskan nilainya dengan wang di dalam akaun bank milik setiap pengguna.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sekiranya berjaya dilaksanakan, ia bermakna kad itu boleh digunakan walaupun nilai wang di dalam kad tidak ditambah.
"Dalam erti kata lain, para pengguna tidak perlu membuat pembayaran terlebih dulu, bila pengguna sentuh kad, nilai itu akan ditolak ke akaun mereka.
-- Pandai betul menteri umno ni. ini kes sedut duit rakyat cara mudah. sedut terus dari bank untuk beri kepada kroni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment