Kabinet akan membuat keputusan muktamad berhubung kedudukan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) esok, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya telah pun mengemukakan memorandum kepada Kabinet berkenaan kedudukan PPSMI, apa yang telah dilaksanakan dan bagaimana kedudukan penguasaan bahasa Inggeris dan kedudukan mata pelajaran Sains dan Matematik sejak kita melaksanakan sistem PPSMI ini," katanya
Beliau berkata banyak pihak sedang menunggu keputusan daripada kerajaan mengenai kedudukan PPSMI itu.
Beliau berkata antara pihak yang ditemui untuk mendapatkan pendapat dan pandangan mengenai PPSMI ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota Majlis Tertinggi Umno.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment