Pages

Wednesday, July 8, 2009

Isu DAP Kedah selesai: Azizan

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menganggap empat isu yang dibangkitkan DAP terutama berhubung tempat penyembelihan babi dan rumah ibadat sebagai selesai.

Katanya, ini berikutan penjelasan yang diberikan dalam pertemuannya dengan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, petang ini.

Beliau menyifatkan isu yang ditimbulkan itu umpama 'ribut dalam cawan' yang boleh diselesaikan menerusi penjelasan terperinci.

"Mungkin sebelum ini kita anggap ia perkara sambil lewa, tapi selepas ini kita akan lebih peka," katanya pada sidang media selepas pertemuan itu.

No comments:

Posting Terkini