Pages

Saturday, June 13, 2009

SEKILAS

Bunuh diri dek bosan sikap suami

KEDIRI (Indonesia): Seorang wanita berusia 46 tahun bertindak membunuh diri kelmarin kerana bosan dengan sikap suaminya yang sentiasa menolak setiap kali diajak menunaikan ibadah haji.

Mayat Cik Srining, ibu dua anak, ditemui tergantung pada sebatang pokok di luar rumahnya.

Seorang jiran berkata Cik Srining sering meluahkan rasa kesal terhadap sikap suaminya, Encik Sarbi, 50 tahun, kerana enggan menunaikan haji. -- Agensi.

China 'tuntut' suspek pengganas

BEIJING: China semalam menggesa Amerika Syarikat agar menghantar pulang suspek pengganas daripada etnik Uighur seberapa segera ke negara itu.

Ini menyusuli kenyataan pemerintah Palau yang ia bersedia menerima 17 tahanan Islam yang kini ditempatkan di Guantanamo Bay.

Amerika telah menggugurkan sebarang tuduhan ke atas tahanan itu empat tahun lalu tetapi enggan menyerahkan mereka kepada Beijing kerana bimbang mereka akan diseksa. -- AFP.

6 disyaki rancang serangan ganas

ROME: Enam orang telah ditahan kerana disyaki merancang serangan ganas ke atas sidang puncak Kumpulan 8 negara perusahaan pada bulan depan di Italy.

Sidang puncak itu dijadualkan berlangsung dari 8 hingga 10 Julai ini. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini