IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar hari ini membuat ketetapan bahawa semua pihak media akan dibenarkan untuk membuat liputan persidangan DUN Perak yang dijadual bermula pada 7 Mei ini.
Sivakumar berkata semua media termasuk yang dihalang untuk membuat liputan sebelum ini diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan mulai pukul 9 pagi esok.
"Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya.
"Di sini, saya menggunakan Perintahperintah Tetap 84 (DUN Perak) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil manamana jurnal menghadiri persidangan dewan.
Perintah-perintah tetap ini juga membolehkan Yang Dipertua Dewan untuk membatalkan kebenaran yang diberi," katanya dalam satu kenyataan media di sini.
Sivakumar berkata arahan itu dikeluarkan untuk menjamin prinsipprinsip demokrasi dan kebebasan media.
Beliau berkata rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan secara telus.
"Tidak ada sebab untuk menghalang manamana media untuk membuat liputan. Rakyat berhak mengetahui segala gerakgeri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Negeri," katanya.
Sebelum ini Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membenarkan hanya 13 media elektronik dan cetak iaitu RTM, Bernama TV, TV3, The Star, The New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, China Press, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Tamil Nanban, Tamil Nesan dan Bernama membuat liputan persidangan dewan yang dijadualkan pada 7 hingga 13 Mei ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment