Pages

Thursday, May 7, 2009

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ditahan polis.

BERIKUT adalah perkembangan terkini persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak:

9.50 pagi: Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ditahan polis.

9.45 pagi: Pihak polis menghalang orang ramai berteduh di bawah 'Pokok Demokrasi'.

9.45 pagi: Anggota DUN, tetamu khas dan wartawan dibenarkan masuk ke Dewan dengan kawalan ketat termasuk menggunakan mesin pengimbas.

9.35 pagi: Beberapa individu lagi ditahan di kawasan sekitar bangunan SUK. Ahli Parlimen Ipoh Timur dan Ipoh Barat iaitu Lim Kit Siang dan M Kulasegaran dihalang memasuki kawasan tersebut.

9.30 pagi: Raja Nazrin Sultan Azlan Shah tiba di pekarangan bangunan SUK dan memeriksa barisan kehormat.

9.25 pagi:
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tiba di pekarangan bangunan SUK dan menerima tabik hormat dengan diiringi Speaker DUN, V Sivakumar dan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri.

9.20 pagi: Speaker DUN Perak, V Sivakumar tiba di pekarangan bangunan SUK dan menerima tabik hormat dengan diiringi Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri.

9.05 pagi: Seramai 11 individu yang ditahan kerana menimbulkan kekecohan dibawa keluar dari kawasan bangunan SUK menggunakan trak polis.

8.50 pagi: Ahli Parlimen Ampang dari PKR, Zuraida Kamaruddin dan ADUN Teratai dari DAP, Jenice Lee adalah antara 11 individu yang ditahan polis kerana menimbulkan kekecohan menjelang perasmian sidang DUN Perak.

8.45 pagi: Pembantu khas kepada ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP, P Sugumara ditahan polis di pekarangan bangunan SUK.

8.25 pagi: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki kawasan bangunan SUK, diikuti beberapa ADUN daripada Pakatan Rakyat.

8.15 pagi: Tiga individu yang memakai kemeja T tertera mesej 'Kembalikan Hak Rakyat' ditahan pihak polis.

7.30 pagi: Kakitangan bangunan SUK mula memasuki pejabat masing-masing.

No comments:

Posting Terkini