Pages

Thursday, April 30, 2009

UMNO Johor Gadai Tanah Pada Singapura

Di Perak, UMNO main isu Nizar jual tanah pada Cina. Rata kampung diorang ulang fitnah ni. Rupanya bangsa UMNO ni bangsa hipokrit. Bak kata orang tua2, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Berita ini diambil dari blog Penarik Beca@Bakaq. TQ pada Pak Bakaq atas "research" yang beliau telah buat. Syabas.

Umno gadai tanah Johor kepada Singapura

KUALA NERUS, 15 Mei 2006 (Hrkh) - Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.

Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura, jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.

Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.

Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.

Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.

Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya, jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.

Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.

2 comments:

Naruto Sensei said...

BN GADAI NEGARA DEMI KESEJAHTERAAN SINGAPURA..

UMNO memerintah 51 tahun ..
Ahli MelayuUMNO ni dah nyanyuk ye... kesianye Ahli MelayuUMNO nih.. MelayuUMNO cuba anda perhati betul2 Siapakah yang menjadikan Pulau Singapura bukan milik Melayu lagi???

Cuba Ahli MelayuUMNO tanya kat Muhyiddin Yassin berapa banyak tanah kat sekitar Larkin, Kg Melayu Majidee dan banyak lah kawasan kat Johor tu dia jual kat Tokey2 singapura..

Cuba Ahli MelayuUMNO tanya bekas PM Pak Lah berapa banyak saham dan tanah orang Singapura bila Wilayah Iskandar Siap nanti?? Khabarnya saham Singapura sampai 70%.. Jadi negeri Singapura Kecil nanti

Cuba tanya Chet Det yang dia sibuk sangat Jambatan Bengkok untuk Singapura tu pasal apa?? Sedangkan di Semenanjung,Sabah dan Sarawak banyak kawasan yang memerlukan Jambatan kenapa Singapura yang Chet Det sibuk sangat???...

Cuba Ahli MelayuUMNO tanya kat menteri Air BN sendiri kenapa jual 3sen je air segelen kat Singapura..?

Dan kenapa pulak Izinkan produk berasakan air Singapura yang harganya 10kali ganda air yang kita jual kat dia boleh masuk semula dalam pasaran kita..?

Kenapa rakyat Malaysia sendiri bayar lebih mahal untuk bekalan air bersih daripada rakyat Singapura ?

Cuba Ahli MelayuUMNO tanya kat Rais Yatim berapa dia harga dia jual Pulau Batu Putih kat Singapura jugak Senang betul kalah ada apa2 ke???..Singapura dah tak hormat Malaysia dah lepas ni sebab benda yang hak sendiri pun boleh jatuh ke tangan Singapura..

Cuba Pulak Ahli MelayuUMNO tanya Bekas MB perak tajol Rosli berapa Banyak atau ribu ekar tanah dia dok bagi kat YTL dan Syarikat gergasi lain ,dan berapa pulak buah pulau dia bagi kat tokey cina Orang Singapura jugak...???

Tanya pulak Khairy berapa banyak pulak saham Pantai holding dia jual kat Singapura ..Singapura lagi???

Tanya Pulak Bekas Menteri Pelancongan Dato Azalina berapa banyak dia jual Iklan Singapura kat Malaysia ni dan apa yang menarik sangat kat Singapura tu sampai Malaysia terhegeh2 nak Promosi bekas Tanahnya sendiri...Sigapura lah..

Dan kita dibodohkan Selama 50 tahun perintah memang lah dia tak jual semua sekaligus.. Kerajaan BN dan konco2nya jual sedikit demi sedikit sehingga kita tak perasan tanah Johor beratus ribu ekar kepunyaan Singapura, Tanah di Perak banyak dijual kepada tokey cina Singapura, Air yang kita punya pun boleh jual 3 sen segelen kat singapura bagus2, saham pantai pun jual kat Singapura..

Belum cerita Pasal Genting Highlands Lagi, Cameron Highlands lagi, Bukit Tinggi lagi dan Tanah2 di Pulau2 di Pantai timur Terengganu,Pahang dan Johor pun banyak yang dijual ke bangsa Asing..

Tapi yang pelik kan kebanyakkan nya di jual ke Singapura...Maka jika lagi 50 tahun lagi Kerajaan BN memerintah tak hairanlah Kalau Johor, Melaka, perak akan menjadi negeri Singapura jugak bukan ke Singapura tu sekutu Yahudi Israel?? Kenapa UMNO beriya2 suka sangat ambik berat kat Singapura ni apasal??..Sekutu Singapura dan Israel dalam diam ke??

Ahli MelayuUMNO jangan Anda masa tu baru nak cakap... kenapalah aku tak sedar dari dulu lagi nih habis Tanah Air ku tergadai.....

Hem alahai MelayuUMNO...layu jadinya..

From: Naruto Snsei

Naruto Sensei said...

Mohon Edit dan siarkan TQ

Wassalam..

Posting Terkini