KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed hadir pada Perhimupan agung umno tanpa disangka-sangka.
Tun Dr Mahathir semalam dengan tegas mengatakan beliau tidak akan menghadiri perhimpunan agong umno kerana tidak dapat menerima mentaliti perwakilan yang menyokong calon yang jelas perasuah seperti Khairy Jamaluddin.
Timbalan Presiden parti yang baru dilantik, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap beliau secara rasmi kembali menyertai Umno.
Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir bersama Tun Dr Siti Hasmah di Perhimpunan Agung Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 12.27 pagi tadi.
Keadaan di Dewan Merdeka menjadi gamat apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang berucap mengumumkan mengenai kehadiran Mahathir.
Sementara, Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Mahathir sebagai tetamu yang istimewa.
Saturday, March 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment