KUALA LUMPUR: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengambil keterangan Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said dan seterusnya pergi ke rumah beliau.
Azalina yang mengesahkan perkara itu memeberitahu The Star, tiga pegawai SPRM datang berjumpanya di pajabat pada pukul 5 petang dan merakam keterangannya selama kira-kira lima jam.
"Mereka sangat sopan dan profesional. Kami juga makan malam bersama ketika mereka merakam keterangan saya.
"Selepas itu, mereka meminta kebenaran utuk ke rumah saya dan saya bersetuju.
"Saya memberitahu mereka, saya perlu ke raptai perarakan Colours of Malaysia dan mereka boleh ke rumah saya tanpa saya ikut serta.
"Bagaimanapun, mereka meminta supaya saya ada bersama dan bersetuju untuk menunggu sehingga raptai itu tamat," katanya.
Azalina kemudiannya pulang ke rumahnya di Shah Alam kira-kira pukul 10 malam.
Sepuluh pegawai SPRM kemudiannya tiba dan menghabiskan masa kira-kira sejam di rumah beliau.
"Mereka tidak mengambil apa-apa. Saya memberikan sepenuh kerjasama kepada pegawai SPRM.
"Sekarang terpulang kepada Suruhanjaya dan saya percaya mereka akan menjalankan siasatan tanpa prejudis," katanya.
Minggu lalu, SPRM menyoal siasat dua pegawai Azalina di kementeriannya dan mengambil dua dokumen daripada mereka.
Laporan sebelum ini menyatakan, siasatan yang dilakukan SPRM adalah berhubung politik wang.
Seminggu sebelum itu. setiausaha politik Azalina ditahan oleh SPRM selepas menjumpai wang tunai RM70,000 dalam keretanya. Beliau bagaimanapun dibebaskan selepas itu selepas menjelaskan wang itu adalah untuk kegunaan jentera parti.
Bagaimanapun tidak diketahui sama ada keterangan Azalina yang dirakam oleh SPRM itu ada hubung kait dengan dua insiden itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment