Dipecat kerana salah guna konvoi polis
TAIYUAN: Seorang pegawai kanan Biro Keselamatan Awam di Jinzhong, utara China, dipecat kerana menggunakan konvoi polis untuk mengarak jenazah ibunya.
Zhao Mingwen juga diberi amaran keras oleh Parti Komunis China.
Li Rongsheng, seorang pegawai polis trafik di bandar Yuanping diberi amaran kerana menawarkan perlindungan polis itu.
Zhao Zeying, seorang saudara Zhao Mingwen, dan 11 yang lain ditahan dan didenda kerana memukul wartawan yang merakam perarakan jenazah itu pada 2 Mac lalu. -- Agensi.
Parti pemerintah Turkey dijangka menang besar
ANKARA: Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang memerintah Turkey dijangka menang besar dalam pilihan raya hari ini.
Perdana Menteri Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, yakin AKP akan menang besar, selepas dua tinjauan pendapat menunjukkan parti itu meraih 39.8 dan 47.9 peratus sokongan responden dari seluruh negara.
'Saya yakin kita akan muncul sebagai pemenang dalam pilihn raya ini,' kata Encik Erdogan seperti ditukil agensi berita Anatolia semalam.
AKP jauh mengatasi Parti Republikan Rakyat dan Parti Tindakan Nasionalis. -- AFP.
Serangan Israel cegah senjata dikirim ke Gaza
WASHINGTON: Pesawat Israel menyerang satu konvoi trak di Sudan Januari lalu untuk menghalang pengiriman senjata kepada kumpulan militan Hamas di Gaza, lapor akhbar New York Times (NYT) semalam.
Laman berita NYT menukil seorang pegawai Amerika Syarikat sebagai berkata Israel melancar serangan yang menyebabkan 30 orang terkorban bagi mencegah senjata daripada dikirim ke Gaza.
Perdana Menteri Israel, Encik Ehud Olmert, berkata Khamis lalu bahawa Israel bertindak untuk menyerang musuhnya di mana saja, tetapi tidak menyebut serangan yang berlaku di Sudan. -- Reuters.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment