Pages

Wednesday, March 18, 2009

'SAUDAGAR MAUT' TUNGGU NASIB DIBICARA EKSTRADISI

BANGKOK: Lelaki rakyat Russia yang disyaki pengedar senjata, Viktor Bout, duduk dalam bilik kurungannya sementara menunggu perbicaraan ekstradisinya ke Amerika Syarikat di Mahkamah Jenayah di Bangkok, semalam.

Bout, 42 tahun, yang dikenali dengan julukan 'Saudagar Maut' ditangkap di Bangkok Mac tahun lalu dalam satu operasi melibatkan ejen Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika yang menyamar sebagai pemberontak Colombia daripada Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia, atau FARC, yang dianggap Washington sebagai kumpulan pengganas.

Para pegawai pendakwa Amerika berkata Bout menawarkan untuk menjual sejumlah senjata canggih, termasuk lebih 700 peluru berpandu bumi ke udara, ribuan senjata api, helikopter canggih dan pesawat yang dipasang pelancar roket serta peluru berpandu.

Bout telah didakwa di New York atas empat tuduhan yang ada kaitan dengan pengganasan dan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Tetapi dia tidak menghadapi sebarang pertuduhan di Thailand.

Isteri Bout, Alla, seorang pereka fesyen berusia 45 tahun, yakin suaminya tidak bersalah. Sewaktu ditanya apakah pekerjaan suaminya, beliau berkata: 'Dia bekerja dalam perusahaan pengangkutan udara.' - AP.

No comments:

Posting Terkini