Beberapa peristiwa dan gerakan terkini membawa pertanda yang semakin jelas impian Rosmah Mansor untuk menjadi isteri kepada perdana menteri menjelang April ini semakin pudar.
Sejak dua bulan kebelangan ini Anwar dan pemimpin KeADILan dilihat langsung tidak memberi tekanan kepada pimpinan Abdullah Badawi, sebaleknya semuanya menumpukan tekanan mereka kepada timbalan perdana menteri, Najib Razak.
Pertemuan 'tidak dirancang' (walaupun ada kalangan pimpinan Pakatan sendiri mengatakan ianya telah dirancang) antara Abdullah dan Anwar di majlis Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor atas jemputan Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Mahmud Al-Majzub (yang lebih selesa dikenali dengan panggilan Tok Ayah)adalah antara pertunjuk jelas seolah-olah memang ada perundingan dan kesepakatan antara Abdullah Badawi dan Anwar Ibrahim.
Semoga kesepakatan ini akan membuahkan hasil yang baik untuk rakyat dan negara. Itu yang rakyat hajatkan.
Sekiranya benar Abdullah Badawi dapat terus bertahan sebagai perdana menteri sehingga pilihanraya umum ke 13, maka kesejahteraan rakyat dirasakan akan lebih terjamin.
Peralihan kuasa perdana menteri kepada Najib Razak akan hanya merosakkan imej dan ekonomi rakyat serta negara.
Kenyataan Anwar berkaitan pertemuannya dengan Abdullah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment