PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat hari ini mengisytiharkan harta Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan ahli -ahli Exco di laman web kerajaan negeri.
Pengisytiharan harta tersebut dipaparkan di laman web www.selangor.gov.my lewat petang tadi.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok mendahului senarai pendapatan bulanan paling tinggi iaitu sebanyak RM32,830.67, manakala bayaran bulanan yang ditanggungnya adalah RM2,246.92.
Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohd Ali memperoleh pendapatan RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan sebanyak RM12,781.
Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan, Yaakob Sapari memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM1,598.99.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail memperoleh pendapatan RM18,122.08 dengan jumlah tanggungan RM3,830.25.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM2,270.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM7,238.50.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM2,527.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu memperoleh RM20,722.08 dengan jumlah tanggungan RM4,657.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM2,000.
Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong memperoleh RM23,222.08 dengan tanggungan RM2721.
Selasa lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa kesemua ahli Exco negeri itu mengisytiharkan aset masing-masing secepat mungkin dalam usaha memastikan kerajaan yang bersih dan telus.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan mesyuarat pertama Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 di sini.
Sultan Sharafuddin turut menggesa proses pengisytiharan itu dipaparkan secara online agar boleh dilihat oleh semua pihak
Friday, March 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment