Pages

Thursday, March 19, 2009

Israel tahan 7 pemimpin Hamas

RAMALLAH: Tentera Israel mengepung dan menahan sekurang-kurangnya tujuh pemimpin pergerakan politik Hamas di Tebing Barat dalam satu operasi sebelum subuh hari ini, kata pegawai dan ahli keluarga Hamas.

Penahanan itu adalah usaha Israel memberikan tekanan terhadap kumpulan berkenaan selepas kegagalan mereka baru-baru ini dalam usaha membebaskan askar Israel yang berada di bawah tahanan Hamas di Gaza.

Tentera Israel yang kerap menahan suspek pemberontak di Tebing Barat, berkata 20 rakyat Palestin sudah ditahan dalam tempoh dua minggu.

Tetapi tidak ada maklumat berhubung penahanan ahli politik kanan Hamas.

Israel sudah menahan ramai ahli politik Hamas di Tebing Barat dalam pelbagai kejadian berikutan penangkapan Sarjan Gilad Schalit, 22, dalam serbuan merentas sempadan pada Jun 2006.

Antara tahanan terbaru termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Palestin, Nasser Shaer dan beberapa pembuat dasar Hamas.

Sesetengah daripada mereka pernah ditahan sebelum ini dan dibebaskan. AP

No comments:

Posting Terkini