Pages

Tuesday, March 24, 2009

Box Office - 18 sx dari UMNO

AMARAN DARI KERAJAAN RAKYAT: Cerita ini hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Kategori sx

Ceritanya begini:

Dalam sebuah kampung tinggal seorang pemuda miskin bersama ibunya. Kehidupan mereka amat daif hinggakan nak beli pakaian pun tak mampu. (Aik…!!! Dah 52 tahun merdeka pun masih ada orang miskin lagi ke? Hihihihiiiiii….)

Walaupun miskin tetapi pemuda ini baik hati budi dan pekertinya. Disebabkan itu ada sebuah keluarga perempuan telah berkenan dengan pemuda berkenaan untuk dijadikan menantu.

Segala perbelanjaan ditanggung beres!!! Kawin free beb, tak nak ke???

Oleh kerana kedaifan dan tak mampu untuk membeli seluar dalam maka si ibu telah menjahitkan sehelai guni tepung untuk dijadikan seluar dalam anak kesayangannya itu.

Dan tibalah malam yang dinanti-nantikan….. Ehem… Ehemmmmmm…

Tatkala pemuda itu membuka kainnya maka terpandanglah si isteri akan seluar dalam guni tepung yang dipakai oleh suaminya.

Sebaik sahaja memandang akan tulisan yang tertera di tenganh-tengah seluar dalam suaminya maka pengsanlah si isteri kerana terkejut.

Ini kerana si isteri telah terpandangkan tulisan yang mengatakan:

BERAT BERSIH 50 KG!!!

Moral of the story: JANGAN BUAT GUNI TEPUNG SEBAGAI SELUAR DALAM.

No comments:

Posting Terkini