Pages

Saturday, March 7, 2009

Aksi final: Nicol temu Natalie

AKSI Nicol (depan) ketika menentang Rachael Grinham pada saingan separuh akhir di Berjaya Times Square, semalam. Pemain nombor satu dunia itu mara ke akhir hari ini.

DOMINASI Nicol David dalam skuasy wanita dunia berterusan apabila kini melalui 56 perlawanan tanpa kalah dalam buruan gelaran ke-11 berturut-turut selepas menundukkan Rachael Grinham di separuh akhir Terbuka Kuala Lumpur CIMB di Berjaya Times Square, semalam.

Kejayaan Nicol ke atas pemain ranking ketiga dunia dari Australia itu meletakkannya pada landasan untuk merangkul mahkota Terbuka KL keenamnya, dan yang ketiga selepas 2008 dan 2007.

Rachael yang mengakui masih belum menyesuaikan diri kepada format kiraan mata 11 yang diperkenalkan tahun lalu, mencetuskan kemungkinan berlakunya kejutan apabila menang set pertama 11-9 tetapi tewas tiga set seterusnya, 7-11, 5-11, 8-11.

Lawan Nicol pada final adalah Presiden Persatuan Pemain Skuasy Wanita (Wispa), Natalie Grainger yang menewaskan Laura Lengthorn-Massaro dari England, 9-11, 11-4, 11-7, 6-11, 11-6. Nicol memegang rekod pertemuan ke atas pemain Afrika Selatan yang berhijrah ke Amerika Syarikat dengan 12-1.

"Saya akan bekerja keras esok (hari ini) walaupun saya pernah menewaskannya sebelum ini," katanya.


No comments:

Posting Terkini