MARANA, Arizona: Juara bertahan dan pilihan utama, Tiger Woods, tersingkir dari Kejohanan WGC-Accenture Match Play apabila kalah mengejut 4&2 dalam pusingan kedua kepada pemain Afrika Selatan Tim Clark.
Clark, pemain ke-33 dunia, tidak pernah layak ke pusingan ketiga dalam lima penampilan lalu tetapi menampilkan permainan sempurna enam birdie untuk membenamkan pemain nombor satu dunia itu.
Woods yang kembali beraksi dalam Jelajah PGA selepas berehat lapan bulan berikutan pembedahan lutut, menyerah kelebihan mendahului di lubang pertama sebelum tewas di green lubang ke-16.
"Saya tahu jika saya bermain dengan baik, saya mempunyai peluang," kata Clark yang dibelasah 5&4 oleh Woods pada pusingan kedua dua tahun lalu.
"Tim bermain dengan baik dan saya tidak membuat cukup birdie untuk menjawab beliau," kata pemain Amerika Syarikat berusia 33 tahun itu.
Sementara itu, Phil Mickelson juga dari Amerika melayakkan diri ke pusingan ketiga dengan kemenangan satu lubang ke atas rakan senegara Zach Johnson.
Friday, February 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment