China hadapi kes flu burung
BEIJING: China berdepan dengan kes flu burung yang pertama bagi ternakan ayam dan itik tahun ini dengan beribu-ribu ayam dimusnahkan bagi mengatasi wabak itu.
Kementerian Pertaniannya dalam kenyataannya kelmarin berkata, amaran itu adalah susulan kematian 519 ayam di daerah Xinjiang. -- AFP.
Penyelam dibaham yu
SYDNEY: Seorang penyelam angkatan laut mengalami kecederaan serius pada tangan dan pahanya apabila dibaham ikan yu di Pelabuhan Sydney kelmarin.
Serangan ikan yu ke atas Encik Paul Degelder, 51 tahun, itu adalah yang pertama dalam tempoh sembilan tahun di pelabuhan itu. -- AP.
Hospital jadi sarang lipas
NEW DELHI: Seekor lipas cuba menggigit mata seorang bayi yang baru lima hari dilahirkan di sebuah hospital di Kolkata di sini.
Bagaimanapun para petugas hospital kerajaan itu dapat menghalang kejadian tersebut daripada berterusan, lapor akhbar The Asian Age semalam.
Sebuah syarikat kawalan serangga yang diupah hospital itu didakwa menyembur racun serangga tiruan dan lantas menjadikan hospital itu sarang lipas. -- Bernama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment