Pages

Sunday, February 15, 2009

Politik Perak: PM akan menipu di Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menjelaskan situasi politik negeri Perak pada Persidangan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat ini.

Abdullah berkata, terpulang kepada majlis berkenaan untuk membuat sebarang saranan atau keputusan berhubung perkara tersebut.

"Majlis Raja-raja bersidang setiap tiga bulan dan terpulang kepada Raja-raja untuk membincangkan perkara seperti ini.

"Saya juga akan hadir dan akan memaklumkan kepada sidang Raja-raja nanti peristiwa yang telah berlaku, apa sebab-sebabnya dan sebagainya.

"Soalnya apakah saranan Raja-raja nanti atau keputusan itu adalah terpulang kepada mereka, saya hanya bertanggungjawab untuk memberi maklumat tentang apa yang telah berlaku," kata beliau dipetik Bernama.

No comments:

Posting Terkini