KUCHING: Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah di Mukah bertindak berani apabila merakam dan memasukkan aksi buli mereka ke atas seorang pelajar lain ke dalam YouTube.
Perbuatan itu mendapat liputan meluas media tempatan hari ini.
Di dalam klip video selama 3.05 minit itu, mangsa yang dikatakan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah berasrama di Dalat, dilihat disepak, diterajang dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar lain yang masih berpakaian seragam sekolah, di dalam sebuah bilik asrama.
Walaupun mangsa kelihatan cuba merayu tidak diapa-apakan, beliau terus dibelasah tanpa belas kasihan.
Satu laporan menyebut keluarga mangsa yang berasal dari Kampung Penat, Oya, sudah membuat laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Dalat.
Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang berkata kes itu turut dimaklumkan kepadanya oleh Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Mohmad Salleh.
"Ia teruk dan serius. Kita akan membuat siasatan dan tindakan tegas akan diambil. Saya sudah diberi kebenaran untuk bertindak tegas," kata Julaihi.
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Dalat turut terkejut dengan kejadian itu dan mahu laporan lengkap mengenainya.
"Saya akan mendapat maklumat lebih lanjut daripada sekolah berkenaan," katanya.
Dua tahun lalu, masyarakat di Sarawak turut gempar dengan berita kematian seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik Bintulu, yang dipercayai dibuli oleh sekumpulan 18 pelajar sekolah terbabit di sebuah blok asrama. - Bernama
Saturday, February 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sungguh2 saya marah dengan kejadian terbaru ini. inilah krisis didalam sekolah berasrama penuh. dari dulu hingga kini, sudah berapa ramai anak orang dianiaya sebegini rupa.
sedih! sedih saya menengokkan kejadian ini. tiap2 tahun mesti ada kejadian buli danpukul macam ni terjadi. anak orang yang dibela dek mak bapak dia dari kecik sampai besar dididik biar jadi orang pandai dan baik2. dah pandai dihantar anak tadi ke sekolah berasrama, harapkan si anak tadi dapat pendidikan terbaik didalam penjagaan guru2nya. Tapi, apa jadi? dipukul dihentam ditendang dbuat sesuka hati oleh anak2 orang lain yang kepala otak dia jahat. trauma budak yang dipukul tu. kalau dah cacat dah mati, siapa nak tanggung?
inilah sebab utama mengapa saya sendiri tidak pernah mengantar anak2 saya walau seorangpun ke sekolah asrama penuh. inilah puncanya. anak2 saya belajar bagus straight A student, tapi saya pakat dengan suami tak mau hantar anak ke sekolah asrama penuh. kami tak mau anak kami dianiaya. biar membesar dirumah sendiri. ini risiko yang kami tak mau ambik.
berjaya mereka sebagai pelajar, malah sebagai seorang manusia, mereka mempunyai akhlak yang baik.
saya merasakan bahawa bentuk persekolah bersistemkan asrama penuh ini wajar dikurangkan, jika tidak dihapuskan langsung. tidak membawa kebaikan. lebih banyak mudarat dari kebaikan.
Kasihan anak2 orang yang baik2, dibuat sesuka hati oleh budak2 jahat diasrama.
sudah sampai masa, sistem sekolah berasrama penuh dikaji semula oleh kementerian pelajaran.
Hentikan kekejaman terhadap anak-anak disekolah!!
-cikgu geografi pencen-
Post a Comment