Pages

Tuesday, February 10, 2009

Nizar dihalang masuk bangunan SUK

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dihalang daripada memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Beliau bagaimanapun meninggalkan pintu masuk utama bangunan SUK 15 minit kemudian.

Nizar berkata beliau akan tetap menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar dari kediaman rasminya.

Minggu lalu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Bangunan SUK dikawal ketat ketat pihak polis termasuk anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU).

Dua trak FRU turut ditempatkan di hadapan bangunan SUK.


No comments:

Posting Terkini