Pages

Thursday, February 19, 2009

Gambar bogel Elizabeth: Bukit Aman bantu polis KL

PUTRAJAYA: Polis Kuala Lumpur yang mengambil alih daripada polis Selangor siasatan mengenai penyebaran gambar bogel anggota exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, berkuatkuasa hari ini, akan dibantu oleh Bukit Aman, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohd Sabtu Osman.

Katanya pengambilalihan kes itu tidak akan menjejaskan proses siasatan kerana perubahan hanya melibatkan pegawai penyiasat.

"Kita akan sambung dari siasatan yang dijalankan oleh polis Selangor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pondok Polis Komuniti Presint 9 di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai bekas teman lelaki Wong yang dikehendaki memberi keterangan kepada polis, Mohd Sabtu berkata usaha mengesannya sedang dijalankan.

"Mana-mana saksi terlibat akan dicari," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau keduaduanya.

Wong, 37, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan, telah membuat laporan polis setelah gambar bogelnya tersiar dalam Internet baru-baru ini. BERNAMA

No comments:

Posting Terkini