PETALING JAYA: Sime Darby Berhad memutuskan untuk tidak meneruskan rancangannya mengambil alih 51 peratus kepentingan ekuiti dalam IJN Holdings Sdn Bhd yang mengendalikan Institut Jantung Negara (IJN). Ia diumumkan oleh syarikat itu di ibu negara sebentar tadi.
Pada bulan lalu Sime Darby berkata ia akur dengan keputusan Kabinet menangguhkan pelaksanaan cadangannya itu. "Sime Darby menunggu arahan selanjutnya daripada kerajaan berhubung perkara itu," kata syarikat itu dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia bulan lalu ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa satu kajian mendalam akan dijalankan berhubung cadangan tersebut. Menurut Najib, yang juga Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Unit Perancang Ekonomi akan menjalankan kajian berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment