Hakim tolak permintaan Obama
WASHINGTON: Seorang hakim tentera di penjara Guantanamo Bay kelmarin menolak permintaan Presiden Barack Obama supaya digantung perbicaraan seorang lelaki rakyat Arab Saudi yang didakwa menyerang kapal perang USS Cole pada 2000, kata Pentagon.
Ekoran keputusan itu, pentadbiran Obama akan memutuskan sama ada hendak menarik balik pertuduhan ke atas Nashiri, 43 tahun, yang boleh dikenakan hukumaan mati jika didapati bersalah.
Kesatuan Hak Asasi Amerika (ACLU) mengutuk keputusan hakim dan berkata pegawai bekas pentadbiran Bush mahu menggugat ikrar Encik Obama hendak menutup penjara Guantanamo dan menamatkan tribunal tentera. -- AFP.
Tuntut pegawai bank dijel seumur hidup
JAKARTA: Para pendakwa Indonesia semalam menuntut agar dikenakan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang bekas pegawai bank yang juga besan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono kerana menggelapkan wang Bank Indonesia.
Bekas timbalan gabenor Bank Indonesia, Aulia Pohan, 63 tahun, bersama tiga pegawai lain dituduh menggunakan 100 bilion rupiah ($13.3 juta) dana bank tersebut bagi menyogok anggota parlimen dan mengupah peguam untuk membela pegawai bank yang menghadapi pertuduhan rasuah. -- AFP, Reuters.
Gabenor Illinois dipecat kerana skandal
SPRINGFIELD (Illinois): Gabenor Illinois, Encik Rod Blagojevich, kelmarin dipecat daripada jawatan selepas tiada seorang pun anggota Senat Illinois membela beliau berhubung skandal menjual kerusi Senat yang dikosongkan Encik Barack Obama.
Selepas perbicaraan selama empat hari, Dewan Senat Illinois mengundi 59-0 untuk memecat beliau kerana menyalah guna kuasa, dan melarangnya memegang sebarang jawatan awam lagi di negeri itu. -- AP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment