Pages

Friday, January 2, 2009

Ringkasan Berita-Berita Terkini Malaysiakini

CALON BN, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (kiri) bakal berhadapan dengan calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.

Perjanjian konsesi lebuh raya

PETALING JAYA: Dokumen perjanjian konsesi lebuh raya, yang menjadi polemik lebih satu dekad, dipamerkan kepada orang ramai mulai hari ini.

Kini, orang awam boleh menyemak perjanjian konsesi di Bilik Bacaan, Perpustakaan Kementerian Kerja Raya di Tingkat 6, Blok B, Kompleks Kerja Raya di ibu negara.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Mohamad Razali Othman berkata, orang ramai boleh menyemak antara pukul 9 pagi dan 5 petang kecuali pada waktu rehat.

"Pemohon yang ingin menyemak perjanjian konsesi perlu datang sendiri ke perpustakaan Kementerian Kerja Raya dan mengisi borang semakan yang disediakan," kata beliau.

Razali berkata, masa yang diperuntukkan untuk satu semakan adalah tidak melebihi dua jam.

"Ini adalah untuk memberi peluang kepada pemohon lain untuk menyemak perjanjian konsesi di samping mengurangkan masa menunggu," katanya.

Lagi Berita Politik Di S.I.N.I.

Berita Wanita Di S.I.N.I.

Berita Artis Antarabangsa Di S.I.N.I.

Pembaca, pelakon 'bebas' tuduhan pesta seks.

KUALA LUMPUR Seramai 26 orang termasuk pembaca berita dan pelakon wanita, yang ditahan kerana dipercayai mengadakan parti seks di sini sempena Tahun Baru 2009 awal semalam, tidak akan dikenakan tuduhan berkaitan pesta seks.

Sebaliknya mereka telah dirujuk kepada jabatan narkotik untuk tindakan lanjut kerana menggunakan dadah.

Mereka termasuk seorang pembaca berita berusia 22 tahun, yang berkhidmat dengan rangkaian televisyen swasta dan seorang pelakon wanita sambilan, yang juga penulis skrip.

Kesemua mereka ditahan dalam serbuan polis di sebuah bilik di tingkat 11 hotel empat bintang di Jalan P. Ramlee kira-kira 3.30 pagi semalam.

Ketika serbuan kesemua mereka berpakaian lengkap manakala beberapa kondom yang tidak digunakan juga ditemui.-- mSTAR

Pakatan sedia hadapi gerakan khas BN Selangor

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat Selangor mengalu-alukan penubuhan Suara Rakyat Selangor (Suaras) oleh Barisan Nasional (BN) negeri itu dalam usaha menggesa kerajaan negeri menunaikan manifesto pilihan raya umum yang lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beliau tidak kisah dengan penubuhan badan tersebut dalam usaha BN untuk mengadakan satu gerakan khas bagi menggesa kerajaan negeri dikuasai Pakatan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP kerana ia akan membolehkan pihaknya bekerja dengan lebih baik.

"Jika mereka nak buat, buatlah. Jika ada tekanan seperti itu, kita akan bekerja dengan lebih baik lagi," katanya

Guan Eng mahu Anwar jamin pemimpin PKR berdisiplin

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan pemimpin parti itu lebih berdisiplin dalam usaha mengekalkan Pakatan Rakyat terus diterima rakyat.

"Anwar harus memastikan pemimpin-pemimpin PKR lebih berdisiplin," katanya mengulas soalan wartawan berhubung terdapat beberapa pemimpin PKR bergaduh dengan pemimpin PAS di Perak baru-baru ini yang boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan ini.

Sementara itu, Lim berkata DAP akan menyokong penuh calon Pakatan Rakyat dari PAS yang bertanding pada pilihan raya kecil itu.

"Daripada segi calon, terpulang pada parti itu (PAS) dan DAP sebagai komponen dalam Pakatan Rakyat akan menyokong serta bekerjasama bagi memastikan calon yang telah dipilih itu memenangi pilihan raya kecil itu," katanya.

Pasukan Khas Siasat Dakwaan Lelaki Didera Polis

KUALA LUMPUR, 2 Jan -- Polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan seorang penjaga tempat letak kereta kononnya dia didera ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Brickfields pada 23 Dis lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin memberitahu Bernama polis sedang mengenal pasti anggota dan pegawai yang didakwa melakukan perbuatan itu terhadap B. Prabakaran.

Laungan 'Jahanam Israel ' berkumandang di Masjid Negara

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Hrkh) - Api kemarahan dan kebangkitan umat Islam meledak ke seluruh negara dan pelusuk dunia membantah sikap 'kebinatangan' Israel membunuh dengan kejam penduduk Palestin sehingga mengorbankan lebih 300 nyawa.

Akibat daripada itu, bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur sebentar tadi, sejumlah 500 umat Islam berkumpul menyertai Himpunan Aman Palestin sambil meluahkan rasa amarah yang tidak berkesudahan kepada rejim zionis Israel itu sambil menggesa negara-negara Islam mengambil tindakan drastik bagi mengelak pertumpahan darah berlaku lagi yang bermula sejak 60 tahun lalu tanpa henti.

10 maut dalam kemalangan di Gua Musang

GUA MUSANG 2 Jan. – 10 termasuk seorang bayi berusia setahun maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Bukit Sejuk, Gua Musang, Kelantan pada pukul 10.30 pagi ini, kata Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Ahmad Tarmizi Abdul Haq.

Kemalangan ngeri itu membabitkan masing-masing sebuah kereta jenis Perodua Kancil, Kenari dan Nissan Murano. - Utusan

KeADILan lapor 60 Mukasurat Rasuah

Satu dokumen setebal 60 mukasurat yang mengandungi pelbagai laporan rasuah lama dan baru telah diserahkan sempena dengan pemulan baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mula beroperasi 1 Januari.

Laporan berkenaan diserahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan Badrul Hisham Shaharin pagi ini di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.

Menurut Badrul dokumen berkenaan diserahkan adalah bagi menguji peranan SPRM yang telah ditubuhkan tanpa sebarang pindaan di parlimen ini mampu melakukan tugas dengan baik.

“Ini adalah laporan pertama kepada SPRM. Sekiranya SPRM gagal bertindak terhadapnya (dokumen yang diserahkan) maka rakyat akan terus kecewa kerana wang yang dibayar melalui cukai terbazir untuk memenuhi retorik politik perang rasuah yang hanya menangkap ikan bilis atau pendakwaan berdasarkan politik,” katanya di luar Ibu Pejabat SPRM.

Dalam dokumen berkenaan turut mengandungi laporan rasuah bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Rafidah Aziz yang pernah dibuat beberapa tahun dulu.

“Dokumen ini turut mengandungi laporan rasuah yang Rahim dan Rafidah serta laporan yang yang pernah Badan Pencegahan Rasuah (BPR) sahkan tertuduh bersalah, namun tidak ada satu pendakwaan dibuat keatas individu berkenaan,” katanya

Tiada ahli India tinggalkan PKR

Tidak ada tindakan ahli-ahli India keluar PKR beramai-ramai susulan tidak berpuas hati terhadap parti itu dan terpengaruh dengan isu ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam, kata timbalan presidennya.

Dr Syed Husin Ali menyifatkan usaha mengajak ahli-ahli berbuat demikian seperti disusun oleh bekas timbalan setiausaha agung PKR P Jenapala petang kelmarin di sebuah hotel sebagai "gagal".

Pelakon sambilan, penyampai berita wanita sah positif dadah

KUALA LUMPUR: Pelakon sambilan yang juga penulis skrip serta seorang penyampai berita wanita sebuah stesen televisyen swasta yang ditahan dalam parti seks semalam, disahkan positif mengambil dadah.

Mereka dan tujuh yang lain ditahan selepas mengadakan parti seks dan dadah sempena sambutan tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini.

Dalam operasi itu, polis menahan 26 orang dengan ujian air kencing mendapati sembilan daripadanya positif dadah jenis ectasy dan ketamin.-- Berita Harian

BPA tegur bank bocor maklumat pelanggan


PUTRAJAYA: Biro Pengaduan Awam (BPA) Jabatan Perdana Menteri hari ini menegur bank tempatan yang bersubahat dengan sindiket tertentu yang menyalurkan maklumat peribadi pelanggan sehingga menyebabkan kes kehilangan wang dalam akaun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah, berkata sehubungan itu BPA akan mengadakan 'roadshow' mulai 12 Januari ini bagi membolehkan orang ramai membuat aduan berkaitan pelbagai masalah. --BH

Lingam dipanggil SPRM di Putrajaya pagi ini

PUTRAJAYA: Peguam, Datuk VK Lingam, dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berhubung kes klip video pelantikan hakim.

Beliau tiba di pekarangan ibu pejabat SPRM di sini jam 11.55 pagi dengan diiringi pembantu peribadi serta peguamnya.

Abdul Aziz Abdul Majid digugur jawatan Ketua Pemuda Umno Kangar

KANGAR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kangar, Abdul Aziz Abdul Majid, digugurkan daripada jawatan yang disandangnya itu selepas dikesan menghadapi pertuduhan di bawah kes jenayah di mahkamah.

Pengguguran Abdul Aziz disahkan Setiausaha Umno Bahagian Kangar, Aziz Had, hari ini.

Bekas menteri Sabah dipenjara 6 bulan

Seorang bekas menteri kabinet Sabah hari ini dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu kerana melakukan ugutan jenayah.

Datuk Conrad Mojuntin - bekas menteri kebudayaan, belia dan sukan negeri semasa pentadbiran parti Berjaya - melakukan kesalahan tersebut terhadap ahli perniagaan Doughty Disimon, di luar sebuah kafe belakang Public Bank, Donggongon, Penampang pada 3.30 pagi 23 Oktober 2005.

Pesuruhjaya kehakiman Datuk Abdul Rahman Sebli bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman itu sementara menunggu rayuan Conrad, lapor Bernama.

Wahid penuhi ciri kemenangan PAS

PAS memilih Mohd Abdul Wahid Endut untuk bertanding kerusi parlimen Kuala Terengganu kerana beliau mempunyai faktor-faktor kemenangan di kerusi itu.

Setiausaha PAS negeri Yahaya Ali berkata, antaranya ahli dan penyokong PAS mahukan beliau bertanding di kerusi tersebut.

"Beliau sudah lima penggal menang di Wakaf Mempelam dan ini menunjukkan orang ramai mahukan beliau.

"Kita percaya beliau mempunyai pengaruh yang kuat di Kuala Terengganu kerana beliau juga yang dipertua PAS kawasan Kuala Terengganu," katanya

Pejuang bahasa Melayu demo ala Bersih

Pejuang-pejuang bahasa Melayu, yang membantah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bercadang menganjurkan perhimpunan besar seperti Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007.

Demonstrasi besar itu, yang digelar "Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu", bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Keputusan mengadakannya dicapai dalam mesyuarat sekumpulan NGO Melayu dan parti pembangkang di Kuala Lumpur akhir bulan lalu, kata ketua pengarah jawatankuasa pelaksana kempen tersebut Hasni Abas dalam satu kenyataan hari ini.

Selain Kesatuan Pekerja-pekerja DBP, NGO dan parti politik yang terlibat termasuklah Dewan Pemuda PAS, Persatuan Linguistik Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis).










No comments:

Posting Terkini