KUALA LUMPUR, 28 Jan -- Mercedes Benz Malaysia Sdn Bhd mencatatkan jualan 6,151 kereta penumpang dan kenderaan komersil dan mencatatkan pertumbuhan 16 peratus untuk melepasi sasaran keseluruhan pada 2008.
Agihan pasarannya meningkat kepada 46.7 peratus dalam segmen kompetitifnya berbanding dengan 2007 dan ditambah pula pertambahan 14 peratus di dalam segmen mewah.
Di dalam segmen kereta penumpang, Mercedes Benz mencatatkan pertumbuhan jualan lebih 15 peratus pada 2008 dengan jualan 4,160 unit, yang membolehkannya mencatatkan jualan tertinggi, sejak pengenalan jenama itu di Malaysia 58 tahun lepas.
Mengenai jualan kenderaan komersil Mercedes-Benz, ia menjual 457 unit, dengan pertumbuhan jualan keseluruhan 18 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Mercedes-Benz, Peter Honegg berkata prestasi jualan 2008 itu merupakan petunjuk kekukuhan syarikat itu di dalam segmen premium.
"Angka itu sangat menggalakkan dan berharap prestasi itu berterusan hingga 2009, memandangkan kelembapan kewangan global sekarang ini. Kami berharap untuk terus melakukan kerjasama yang sangat rapat dengan para pengedar kami," katanya dalam, satu kenyataan hari ini.
Jualan Mercedes Benz kelas C, E dan S sahaja dicatatkan 3,680 unit, yang menyumbang kenaikan 20.2 peratus berbanding dengan 2007.
Syarikat itu juga mencatatkan kenaikan jualan 76 peratus kelas R dan G, dengan jualan melebihi 95 unit. Ini termasuk jualan Mercedes-Benz R280 yang baru yang dilancarkan pada Mac 2008.
Honegg berkata beberapa pelancaran pada 2008 telah meningkatkan prestasi jualan yang termasuk Mercedes-Benz 230 Avantgarde yang dilancarkan pada Jun.
Model baru itu telah memberi sumbangan yang ketara, yang menyebabkan kelas C menjadi peneraju di dalam segmennya, dengan jualan lebih 1,700 unit.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment