Pages

Wednesday, January 28, 2009

Bekas model bogel kerja di White House

WASHINGTON - Penulis teks ucapan presiden Amerika Syarikat (AS), Jon Favreau kini bercinta dengan bekas model majalah Maxim, Ali Campoverdi yang turut bertugas di White House, lapor sebuah akhbar semalam.

Campoverdi yang pernah menyertai siri realiti For Love or Money kini bertugas sebagai pembantu khas timbalan ketua staf White House.

Favreau, 27, sebelum ini mendakwa dia tidak sempat untuk bercinta kerana terpaksa bekerja sehingga 16 jam dalam kempen pilihan raya Presiden Barack Obama.

Compoverdi pernah berlakon sebagai puntianak yang diburu oleh Keanu Reeves dalam filem Constantine selain menjadi finalis program realiti The Apprentice yang dihoskan oleh jutawan Donald Trump.

Hubungan dengan wanita itu menjadi bukti status baru Favreau sebagai seorang bintang simbol seks politik AS.

Kini, Favreau ialah antara pembantu paling kanan Obama dan beliau menulis ucapan kemenangan di Iowa yang menjadi batu loncatan kepada kejayaan ketuanya menduduki White House menerusi slogan 'Ya kita boleh (melakukan perubahan)".

Campoverdi pernah berbogel untuk majalah Maxim pada 2004 dan memberitahu majalah lelaki itu bahawa dia mencari seorang lelaki yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh semangat. - Agensi

No comments:

Posting Terkini