Pages

Friday, January 30, 2009

Bayi mati dihempap tilam

NURUL ISLAM mencium jenazah anaknya, Abdul Karim yang mati akibat dihempap tilam di Taman Seri Wilayah, Jinjang semalam.

KUALA LUMPUR - Naluri seorang ibu yang merasakan sesuatu yang pelik apabila tidak mendengar tangisan bayinya ternyata benar apabila mendapati anak lelakinya itu meninggal dunia akibat dihempap tilam spring.

Kejadian berlaku pukul 6.45 petang kelmarin apabila Zura Kafur Mujadi Miah, 35, seorang warganegara Myanmar, yang ketika itu sedang memasak di dapur bergegas mendapatkan anak bongsunya, Abdul Karim Nurul Islam yang berusia 34 hari di dalam bilik.

Dia bertindak demikian selepas suaminya, Nurul Islam Abdul Majid, 45, yang juga warganegara Myanmar, keluar ke tempat kerja di Pasar Borong Selayang pukul 6 petang dari rumah mereka di Taman Seri Wilayah, Jinjang di sini.

Ekoran kejadian itu, fikiran Zura Kafur menjadi tidak keruan dan pengsan selama 12 jam kerana terlalu sayangkan anak bongsunya yang masih menyusu badan.

Ketika ditemui di rumahnya, Nurul Islam memberitahu, isterinya masih pengsan kerana dipercayai belum dapat menerima kematian anak mereka lebih-lebih lagi dia terpaksa bersalin melalui pembedahan pada 24 Disember lalu di Hospital Selayang. - Kosmo

No comments:

Posting Terkini