KeADILan Perlu Di’REFORMASIKAN’
Kita menyambut dua tahun baru dalam seminggu.
Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masehi 2009.
Kepada semua pengunjung Kerajaan Rakyat, saya hamparkan ucapan jutaan terima kasih di atas sokongan dan titipan bicara minda kalian. Kerajaan Rakyat.com menghargai semua pandangan baik yang seiring dengan aliran minda kami atau yang bertentangan.
Sejarah telah membuktikan bahawa kongkongan minda bakal mencetuskan gejala berontak dan amok yang tidak menguntungkan sesiapapun. Justeru, kerajaan rakyat.com sedapat mungkin menerbitkan hampir kesemua komen yang telah dititipkan demi pencernaan minda kearah yang lebih matang.
Kepada pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Parti KeADILan Rakyat, saya buat kesekian kalinya menyeru agar berlaku jujurlah kepada rakyat. Mereka yang telah bergelar Yang Berhormat atas keyakinan rakyat bahawa kalian dapat menebus ketempangan pentadbiran oleh pemimpin UMNO/BN, tidak harus leka dan lalai dengan penghormatan yang diberikan.
Jawatan Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri, EXCO Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan bukanlah untuk dibanggakan dan bukan juga untuk dijadikan lesen untuk berfoya-foya serta mengaut keuntungan peribadi.
Sepuluh bulan Pakatan Rakyat telah memerintah di lima negeri (kecuali PAS di Kelantan- selama 19 tahun), tahniah saya ucapkan. Walau bagaimanapun, secara ikhlas izinkan saya menegur Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, kalian perlu memperbaiki terlalu banyak kealpaan dan kesilapan. Tanpa ragu saya katakan bahawa terdapat beberapa wakil rakyat dari KeADILan yang GAGAL menjalankan amanah mereka sebagai wakil rakyat. Mereka TIDAK peka dan terlalu lambat bertindak terhadap masalah rakyat di kawasan sendiri.
Sejak April 2008 banyak rintihan rakyat yang saya salurkan terus kepada beberapa wakil rakyat berkaitan tetapi tindakan susulannya amat lambat dan membosankan. Malahan terdapat beberapa wakil rakyat yang langsung TIDAK mengindahkannya sehingga memaksa saya melaporkan terus kepada Saudara Anwar Ibrahim.
Baca seterusnya di sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment