Pages

Wednesday, November 19, 2008

Sheikh Muszaphar terima anugerah Kencana Canselor USM

KANGAR: Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor hari ini menerima anugerah Kencana Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) kerana sumbangan besar beliau dalam bidang sains dan penerokaan angkasa.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selaku Canselor USM menyampaikan anugerah itu pada majlis ringkas yang berlangsung di Istana Arau di sini.

Anugerah itu dikeluarkan sempena konvokesyen USM ke-37 pada Mac lalu.

Turut diumumkan sebagai penerima anugerah itu ialah jaguh skuasy wanita dunia Datuk Nicol Ann David, 25, kerana sumbangan besarnya dalam sukan itu di pentas dunia.

Bagaimanapun Nicol tidak dapat hadir untuk menerima anugerah itu hari ini kerana berada di luar negara.

Pada majlis itu juga Raja Perlis menyampaikan Pingat Jaya Cemerlang kepada dua pelajar USM, Jamsari Amirul Firdaus Jamaludin, 23, dan Jasy Liew Suet Yan, juga 23, kerana kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum. BERNAMA

No comments:

Posting Terkini