Pages

Sunday, November 2, 2008

Pemuda Umno Wajar Adakan Debat

KUALA LUMPUR,(SK)- Pemuda Umno digesa berfikiran terbuka dan berani untuk berdebat mengenai visi dan misi serta agenda yang ingin dibawa kepada umum, kata Timbala Ketua Angkatan Muda KeADILan Fariz Musa

Menurut beliau, sewajarnya calon-calon Ketua Pemuda Umno Mukriz Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo harus berani berhadapan dengan rakyat untuk memberitahu agenda tersendiri.

“Adalah wajar debat Umno ini diadakan sekurang-kurangnya rakyat dapat melihat sama ada relevan atau tidak Umno ini,” katanya kepada Suara Keadilan hari ini.

Oleh yang demikian, sekiranya debat ini diadakan pelbagai spekulasi dan tomahan tertentu akan dijawab oleh individu-individu yang berkaitan.

Fariz juga berkata kemungkinan besar terdapat ketakutan sesama mereka untuk mengadakan debat kerana kemungkinan besar ada diantara lawan mereka akan mendedahkan kepentingan peribadi mereka.

“Oleh yang demikian, saya menganggap debat ini adalah usaha persaingan sihat bagi menduduki jawatan tertinggi pemuda Umno tersebut,” katanya lagi.

Pemuda Umno, jelas Fariz lagi wajar mencontohi pelajar-pelajar Universiti yang menggunakan platform debat bagi meraih undi.

“Pemuda Umno sewajarnya mencontohi amalan debat dan pidato yang diamalkan di Universiti sewaktu pemilihan pewakilan pelajar, dan ianya mungkin dapat membezakan pemimpin mana yang lebih baik,” tambahnya lagi

No comments:

Posting Terkini