Pages

Monday, November 17, 2008

Firma Australia Kenalpasti Beberapa Lokasi Di Perak Untuk Projek Lembu Tenusu

IPOH, 17 Nov-- Sebuah firma dari Australia mengenalpasti beberapa lokasi di negeri ini yang didapati sesuai untuk penternakan baka lembu yang mampu mengeluarkan jenis susu bermutu tinggi, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata kerajaan negeri kini dalam perbincangan dengan firma Australia yang tidak dinamakan bagi kemungkinan memajukan projek penternakan lembu tenusu bermutu tinggi itu.

Kerajaan negeri juga akan memberikan keutamaan kepada mana-mana firma atau agensi tempatan yang sanggup menjalin kerjasama dengan mana-mana syarikat Australia dalam memajukan sektor penternakan di Perak, katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Penny Williams di pejabatnya di sini, Isnin.

"Bagi kerajaan negeri, kami ada banyak tanah di sini di mana kita fikirkan ada kesesuaian. Jadi sudah tentu kerajaan negeri akan memberikan keutamaan kepada sebarang firma atau agensi yang sanggup bersama-sama dengan firma Australia itu menjalankan perniagaan tersebut," tambah beliau.

Sementara itu, Williams berkata pihaknya sentiasa menggalakkan mana-mana firma Australia yang berminat membuat pelaburan di negeri ini termasuk menjalinkankan kerjasama dengan firma tempatan dalam memajukan sektor penternakan.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini